Carian
Xiaomi Mi Watch Color Tidak Dihasilkan Oleh Huami
January 3, 2020 Fahim Zahar

Hari ini Xiaomi mula menjual Mi Watch Color secara rasmi di China. Ia adalah jam tangan pintar Wear OS paling murah setakat ini, dengan harga jualan sekitar RM470 sahaja. Bagi yang mengikuti perkembangan Xiaomi, kebiasaannya produk-produk peranti boleh pakai Xiaomi seperti Mi Band dihasilkan oleh Huami. Huami adalah rakan kerjasama Xiaomi dan Huami juga merupakan pesaing dengan menghasilkan produk-produk seperti Amazfit Bip, Amazfit GTR, Amazfit Verge dan pelbagai lagi.

Tetapi untuk Mi Watch Color, ia tidak dihasilkan oleh Huami. Sebaliknya dihasilkan oleh Shanghai Suo Prime Technology LTD. Ia adalah sebahagian dari rantaian syarikat ekologi Xiaomi. Berkemungkinan besar kenapa Xiaomi tidak memilih Huami adalah, produk Amazfit Verge 2. Ia adalah jam tangan sebenar daripada Huami dan mereka mungkin tidak ingin bersaing. Akan tetapi, menurut sumber Huami tidak menganggap Xiaomi sebagai pesaing, kerana sasaran Huami untuk produk-produk Amazfit adalah Huawei.

Jadi, ini adalah antara produk peranti boleh pakai pertama dari syarikat baru. Dari segi kualiti, ketahanan dan sebagainya belum lagi diketahui. Kita perlu tunggu lebih lanjut untuk lihat kehebatan Mi Watch Color ini.

Komen