OnePlus Concept One Akan Menyertakan Kamera “Tersembunyi”

OnePlus Concept One Akan Menyertakan Kamera “Tersembunyi”

Diterbitkan pada Jan 3, 2020 oleh .

OnePlus sebelum ini telah memperkatakan mereka bakal memperlihatkan peranti konsep mereka tersendiri pada acara CES 2020, dinamakan “Concept One. Lanjutan daripadanya, kini pengeluar peranti berkenaan turut telah memperlihatkan satu lagi gambar acah – sekaligus memberikan petanda apa yang akan dibawakan oleh peranti berkenaan.

Melalui perkongsian terbaru OnePlus, mereka mengatakan OnePlus Concept One akan menggunakan rekaan teknologi kaca yang membawa kepada perubahan warna, selain sekaligus menjadikan rekaan kamera belakang hadir seumpama “tersembunyi”.

Perkongsian ini juga sekaligus memperlihatkan seumpama ia akan menyertakan sehingga tri-kamera pada bahagian belakang peranti ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah spesifikasi lanjut yang akan disertakan pada peranti ini, selain apakah ia benar-benar akan hadir “tersembunyi” atau sebaliknya.

Sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat kejutan daripada pihak OnePlus kelak.



TIPS & ULASAN