Imej Pengolokan LG G9 Tertiris – Membawakan Rekaan Seakan LG G8X
LG

Imej Pengolokan LG G9 Tertiris – Membawakan Rekaan Seakan LG G8X

Diterbitkan pada Jan 4, 2020 oleh .

Lebih kurang satu bulan lagi acara MWC 2020 akan berlangsung. Di acara ini pelbagai barangan elektronik, gajet baharu, teknologi menarik akan diumumkan, dilancarkan atau juga diperlihatkan. Salah satu syarikat yang dijangka akan sertai adalah LG.

Jika tahun lepas LG telah memperlihatkan LG G8 ThinQ dengan sokongan Hand ID dan kawan gestur atas udara, LG mungkin akan lupakan teknologi tersebut pada LG G9. Ini kerana berdasarkan imej pengolokan LG G9 yang tertiris, LG G9 dilihat menggunakan rekaan yang mirip LG G8X. LG G8X adalah peranti LG G8 tanpa sokongan Hand ID. Saiz bezel juga dilihat lebih nipis dengan anggaran saiz skrin 6.7-inci hingga 6.9-inci. Nisbah paparan pula dikatakan adalah 19.5:9.

Untuk kamera, peranti ini dilihat akan hadir dengan empat lensa. Kemudian untuk sekuriti, ia mungkin akan menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin. LG G9 dijangka akan diperlihatkan oleh LG bersama-sama dengan peranti 5G dwi-skrin mereka – LG V60 di acara MWC 2020 tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN