Redmi K30 5G Boleh Disambungkan Kepada 3 Rangkaian Serentak Untuk Muat Turun Lebih Pantas

Redmi K30 5G Boleh Disambungkan Kepada 3 Rangkaian Serentak Untuk Muat Turun Lebih Pantas

Diterbitkan pada Jan 4, 2020 oleh .

Redmi K30 5G adalah peranti terbaru dari Redmi dengan cip pemproses terkini – Snapdragon 765G. Ia akan mula dijual di China pada 7 Januari ini dan harga adalah sekitar RM1200 sahaja.

Laporan terkini memperlihatkan yang Redmi K30 5G, boleh disambungkan kepada tiga rangkaian berbeza serentak untuk kelajuan Internet yang lebih pantas. Ia adalah fungsi yang lebih kurang sama hadir pada peranti Samsung atau Oppo. Cuma, Samsung dan Oppo hanya boleh disambungkan kepada dua rangakain serentak. Rangakain yang boleh disambungkan pada Redmi K30 5G adalah 2.4GHz WiFi + 5GHz WiFi + 5G / 4G data mudah alih.

Ini adalah berita yang menarik. Secara tidak langsung menjadikan peranti ini lebih berbaloi untuk dimiliki. Sudahlah hadir dengan skrin LCD yang mempunyai pengiktirafan HDR, 120Hz, RAM sehingga 8GB, rekaan menarik dan paling penting – harga mampu milik. Sayang sekali, masih tiada berita jika ia akan masuk ke pasaran tempatan atau tidak.



TIPS & ULASAN