Acer Swift 3 Teman Produktiviti Dan Pembelajaran Terbaik Untuk Anda

Acer Swift 3 Teman Produktiviti Dan Pembelajaran Terbaik Untuk Anda

Diterbitkan pada Jan 7, 2020 oleh .

Untuk seorang pelajar, dan juga ibu-bapa yang membiayai pembelajaran anak-anak mereka, salah satu daripada keputusan yang sukar dibuat adalah untuk mencari sebuah komputer riba yang bukan sahaja mudah untuk dibawa kemana-mana, tetapi cukup berkuasa untuk menggerakkan perisian-perisian yang diperlukan oleh para pelajar, dan pada tanda harga mampu milik.

 

Rekaan Yang Padat Dan Ringan

Untuk seorang pelajar yang akan selalu mengejar kuliah di kolej ataupun universiti, mereka pasti akan inginkan sebuah komputer riba yang bukan sahaja berkuasa, tetapi mempunyai jangkahayat bateri yang panjang dan juga rekaan yang membolehkannya dimasukkan kedalam beg galas dengan cepat dan mudah, dan cukup ringan untuk dibawa kemana-mana.

Dalam pada itu, mereka juga pasti inginkan sebuah komputer riba yang hadir dengan pilihan palam-palam yang mencukupi, seperti USB, HDMI dan pembaca kad SD untuk memudahkan mereka menggunakan komputer riba untuk berkongsi ilmiah ataupun untuk pembentangan projek dihadapan kelas.

Cip Pemprosesan Yang Berkuasa

Apabila membeli sebuah komputer riba, salah satu aspek yang diberikan fokus utama ialah komponen-komponen yang menguasakan komputer riba tersebut. Ini termasuklah cip pemprosesan, memori, jenis storan, dan bergantung kepada model komputer riba, kad grafik yang dimuatkan didalam komputer riba tersebut.

Komponen-komponen seperti cip pemprosesan dan memori penting kerana cip pemprosesan yang perlahan akan mengakibatkan isu lag ataupun crash apabila menggunakan perisian-perisian didalam komputer riba. Bergantung kepada siri cip pemprosesan yang dipilih, komputer riba anda juga akan mendapat jangkamasa bateri yang bertahan selama 8 ke 10 jam dengan satu pengecasan bateri penuh.

Apabila memilih komputer riba produktiviti, diantara siri cip pemprosesan yang akan memberikan para pelajar prestasi yang cukup berkuasa termasuklah siri CPU Intel Core i5 siri U generasi kelapan yang mempunyai bilangan teras yang lebih tinggi berbanding dengan generasi sebelumnya.

Untuk komputer riba yang memfokuskan kepada produktiviti pengguna, cip pemprosesan grafik yang terbina didalamnya untuk menonton video-video pada resolusi 4K dan menggerakkan beberapa permainan yang tidak memerlukan kuasa pemprosesan grafik yang tinggi.

Memori Dan Storan Yang Mencukupi

Selain daripada cip pemprosesan yang bersesuaian dengan keperluan pengguna, jumlah memori dan jenis storan yang dimuatkan didalam sebuah komputer riba juga cukup penting. Jumlah memori yang mencukupi (sekurang-kurangnya 8GB) cukup penting untuk memastikan komputer riba anda boleh menyimpan data rawak tanpa perlu dibuang, yang biasanya akan berlaku jika komputer anda tidak mempunyai memori yang cukup banyak.

Kebelakangan ini, komputer-komputer riba produktiviti biasanya akan menggunakan storan Solid State Drive menggunakan sambungan NVMe untuk kadar penghantaran data yang jauh lebih pantas berbanding dengan cakera keras dan SSD yang menggunakan sambungan SATA.

Perbezaan diantara jenis-jenis storan ini cukup ketara kerana dengan SSD NVMe, pengguna boleh menghidupkan laptop mereka dalam masa beberapa saat sahaja, disamping memulakan perisian-perisian mereka dalam jangkamasa yang sama.

Perisian Untuk Pelajar

Diantara perisian yang paling banyak digunakan oleh para pelajar di menara gading ialah perisian Microsoft Office. Perisian ini digunakan bukan sahaja untuk menulis laporan, tetapi juga pembentangan projek, pengumpulan data dan sebagainya.

Microsoft Office terdiri daripada beberapa perisian, termasuklah Microsoft Word, Microsoft PowerPoint, Microsoft Excel dan sebagainya. Di Malaysia, terdapat beberapa jenama laptop yang memuatkan sekali siri perisian Microsoft Office 2019 dengan lesen seumur hidup untuk memudahkan hidup para pelajar, sekiranya komputer riba mereka perlu ditetapkan semula.

Tanda Harga Mampu Milik

Salah satu isu yang membelenggu ramai orang apabila membuat keputusan untuk membeli sebuah komputer riba ialah tanda harga yang sering berada diluar kemampuan pengguna. Akan tetapi, jika anda menyelidik sedikit pasaran sekarang, anda akan dapati bahawa terdapat komputer-komputer riba yang boleh memberikan anda prestasi yang bagus pada harga yang berpatutan.

Ini termasuklah penggunaan komponen-komponen yang bagus, rekaan komputer riba yang nipis dan ringan dan juga ciri-ciri tambahan yang meningkatkan lagi produktiviti pengguna. Pada harga sekitar RM2500-RM3000, anda boleh mendapatkan sebuah computer riba yang padat, ringan dan cukup berkuasa untuk memenuhi keperluan-keperluan seorang pelajar.

Acer Swift 3 – Pilihan Terbaik Untuk Pelajar

Komputer riba Acer Swift 3 memenuhi kriteria-kriteria yang kami sebutkan sebelum ini. Komputer riba ini hadir dengan paparan IPS bersaiz 14 inci yang menggunakan panel IPS yang menjanjikan skrin yang sentiasa cerah dan mempunyai warna yang cantik, disamping sudut pandangan yang sangat lebar.

Acer Swift 3 dikuasakan oleh CPU Intel Core i5-8265U yang cukup berkuasa, dan digandingkan dengan memori DDR4 sebanyak 8GB, Bersama-sama dengan storan SSD NVMe 512GB yang menjanjikan pengalaman menggunakan computer riba yang pantas.

Bukan itu sahaja, setiap pembelian computer Acer Swift 3 tiba dengan perisian Microsoft Office 2019 yang bernilai RM529 boleh digunakan seumur hidup. Microsoft Office 2019 tiba dengan perisian produktiviti yang sangat diperlukan oleh para pelajar, seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan juga Microsoft PowerPoint.

Bergantung kepada keperluan anda, Acer Swift 3 ini hadir dengan dua model dimana salah satu daripadanya menggunakan cip pemprosesan grafik Intel UHD, dan satu lagi menggunakan cip pemprosesan grafik NVIDIA GeForce MX250 yang mampu menggerakkan beberapa permainan-permainan computer mudah seperti DOTA 2 dan League of Legends.

Apa yang menarik ialah computer riba Acer Swift 3 ini hadir dengan tanda harga cukup mampu milik. Pada harga permulaan RM2399, anda boleh mendapatkan model asas dengan CPU Intel Core i5, memori 8GB dan storan SSD sebanyak 512GB, manakala untuk model yang dilengkapi cip pemprosesan grafik NVIDIA GeForce MX250, anda boleh mendapatkannya pada harga RM2699.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri computer riba produktiviti Acer Swift 3 ini, anda boleh layari laman web Acer Malaysia.

Beli: Acer Swift 3.

Penafian: Advertorial dari Acer Malaysia.


TIPS & ULASAN