Rasmi : Samsung Galaxy Unpacked 2020 Akan Berlangsung Pada 11 Februari

Rasmi : Samsung Galaxy Unpacked 2020 Akan Berlangsung Pada 11 Februari

Diterbitkan pada Jan 5, 2020 oleh .

Semalam video acah Unpacked 2020 telah tertiris awal ke arena web. Dalam masa sehari sahaja Samsung mengesahkan acara Unpacked 2020 akan berlangsung pada 11 Februari ini di San Francisco, Amerika Syarikat.

Pada acara ini Samsung Galaxy S20 yang merupakan model kemas kini untuk Galaxy S10 akan dilancarkan bersama aksesori lain seperti Galaxy Buds+. Berdasarkan video acah, ia mengesahkan penggunaan bonjol kamera berbentuk empat segi yang agak besar pada S20. Tinggal lebih kurang lima minggu sahaja lagi sebelum acara ini. Antara ura-ura yang telah didengari ialah skrin dengan kadar segar semula yang tinggi akan akhirnya disokong.


TIPS & ULASAN