Carian
Samsung Odyssey G9 Dan G7 Adalah Monitor Yang Paling Melengkung Di Dunia
January 6, 2020 Effi Saharudin

Penghasilan televisyen pintar melengkung tidak lagi sepopular empat tahun yang lalu. Namun begitu di kalangan pengeluar aksesori komputer, ia masih dilakukan kerana masih terdapat permintaan dari peminat permainan video. Hujung minggu lalu Samsung melancarkan monitor Odyssey G9 dan Odyssey G7 terkini dengan sudut lengkungan skrin yang terbesar.

Samsung Odyssey G9 dan G7 mempunyai lengkungan skrin 1000R. Monitor Odyssey keluaran mereka sebelum ini sekadar mempunyai lengkungan 1800R. Lebih kecil angka lengkungan lebih besar sudut lengkungan sesebuah skrin. Odyssey G9 mempunyai skrin QLED sebesar 49″ dengan resolusi Dual Quad HD (120×1440 pixel), kadar segar semuka 240Hz, masa tindak balas 1ms , sokongan NVIDIA G-Sync dan melepasi piawaian HDR1000.

Odyssey G7 pula ditawarkan dalam saiz 32″ dan 27″ dari keluarga QLED dengan resolusi QHD, kadar segar semula 240Hz dan bernisbah 16:9. Ia melepasi piawaian HDR600 dan sokongan NVIDIA G-Sync.

Kedua-dua model dilengkapi sistem lampu LED pada bahagian belakang berbentuk bulat dan akan hanya mula dijual pada suku kedua 2020, Tiada maklumat mengenai harga pada waktu ini.

Komen