Huawei hari ini telah mengumumkan penawaran satu lagi komputer riba terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei MateBook D15. Komputer riba ini hadir dengan skrin 15.6-inci, dan akan mula dijual bermula 18 Januari 2020 ini.
Huawei MateBook D15 hadir dengan cip AMD Ryzen 5 3500U, selain turut menyertakan sokongan GPU AMD Radeon Vega 8. Komputer riba ini turut dilengkapi dengan sokongan pengecasan USB-C, dan 3 USB port bersama bicu audio 3.5mm.
Model tempatan turut hadir dengan memori 8GB RAM dan juga storan 256GB SSD serta 1TB HDD. Huawei turut menyertakan beberapa ciri-ciri tambahan bersama dengannya, termasuk sokongan One Tap Share untuk perkongsian pantas, dan juga pengimbas cap jari untuk log masuk peranti.
Di Malaysia, Huawei MateBook D15 ditawarkan pada harga RM2499.