Samsung Melancarkan Televisyen Yang Berputar Bagi Memaparkan Video Menegak
Artikel Berkaitan

Samsung Melancarkan Televisyen Yang Berputar Bagi Memaparkan Video Menegak

Diterbitkan pada Jan 6, 2020 oleh .

Dengan penggunaan media sosial yang semakin meningkat, penerimaan pengguna terhadap video menegak juga turut meningkat. Video dari Instagram Stories, Snapchat dan TikTok sering dirakam menegak. Bagi mereka yang mempunyai televisyen, menonton video menegak ini mengakibatkan terdapat palang hitam pada sisi skrin yang agak membazir. Oleh itu Samsung Sero kini ditawarkan ke peringkat global.

Sero yang bermaksud menegak dalam bahasa Korea pada awalnya hanya ditawarkan di Korea Selatan tahun lalu. Apabila ditambat kepada telefon pintar misalnya, ia berputar ke kedudukan menegak secara automatik apabila membuka aplikasi YouTube. Skrin 43″ yang digunakan dipadankan dengan sokongan audio 4.1 dan sepasang pembesar suara 60W. Di Korea Selatan televisyen berputar ini dijual pada harga 1.89 Juta KW (~RM6643).


TIPS & ULASAN