Carian
Monitor Terkini ASUS ROG Swift Menyokong Kadar Segar Semula Melampau 360Hz
January 6, 2020 Effi Saharudin

Tahun lalu skrin 90Hz mula popular pada telefon pintar. Tetapi ini ialah kadar segar semula yang biasa sahaja bagi monitor peminat permainan video. Di CES ASUS ROG Swift 360Hz telah dilancarkan sebagai monitor permainan video pertama menyokong kadar segar semula melampau 360Hz lengkap dengan sokongan NVIDIA G-Sync.

Kerana kadar segar semula yang tinggi ini, panel hanya sebesar 25-inci dengan resolusi 1080P. Ini adalah saiz sama dengan ASUS ROG Swift PG348Q dengan skrin 240Hz yang dilancarkan tiga tahun lalu. Jelas sekali ROG Swift menyasarkan golongan atlet esukan dan acara esukan itu sendiri memandangkan mereka adalah antara penaja tegar. Tiada harga diumumkan dan ASUS menyasarkan penjualan pada tahun ini tanpa tarikh yang muktamad.

Komen