Withings Memperkenalkan ScanWatch – Mampu Mengesan Fibrilasi Atrium & Tahap Oksigen Dalam Darah

Withings Memperkenalkan ScanWatch – Mampu Mengesan Fibrilasi Atrium & Tahap Oksigen Dalam Darah

Diterbitkan pada Jan 6, 2020 oleh .

Withings adalah syarikat yang terkenal dengan pelbagai gajet untuk memantau kesihatan. Antara yang popular adalah Withings Move, Withings Steel HR, penimbang berat Body Cardio, alat menyemak tekanan darah BPM Connect dan banyak lagi. Salah satu yang mengambil perhatian ramai adalah Withings Move ECG, yang sehingga hari ini jualannya masih terhad kerana tidak diiktiraf oleh FDA.

Terkini, Withings hadir dengan ScanWatch pula. Ia meminjam teknologi dari Withings Move ECG, tetapi dengan keupayaan yang lebih dahsyat. Yang pertama, ScanWatch boleh mengesan irama degupan jantung yang bermasalah – fibrilasi atrium. Fungsi ini bermula dengan Move ECG. Kemudian Withings menambah satu lagi fungsi, iaitu kemampuan membaca tahap oksigen dalam darah. Seperti Withings Move ECG yang sehingga hari ini hanya dijual di Eropah dan tidak di pasaran lain kerana belum diiktiraf – ScanWatch juga perlu diiktiraf terlebih dahulu.

Untuk membaca tahap oksigen darah, ScanWatch hadir dengan sensor yang boleh membaca salur darah melalui cahaya. Untuk fibrilasi atrium pula, ScanWatch akan membaca aktiviti elektrik dalam jantung. Disebabkan ia juga dikategorikan sebagai jam tangan pintar hibrid, ia juga boleh memaparkan notifikasi, penggera dan sebagainya. Withings ScanWatch menyasarkan untuk dijual pada suku tahun 2020 dengan tanda harga $249 (38mm) atau $299 (42mm), iaitu sekitar RM1023RM1228.



TIPS & ULASAN