Acara CES kerap memaparkan ciptaan terkini yang boleh kami kategorikan sebagai gimik aneh. Tahun ini Segway S-Pod memperlihatkan kenderaan mobiliti peribadi terkini yang jatuh ke dalam kategori ini. Ia dilengkapi sepasang roda yang membolehkan pengguna bergerak di dalamnya dalam posisi duduk tidak seperti Segway terdahulu.
S-Pod mengekalkan sistem swaimbang dua roda dengan tiga roda tambahan yang akan dikeluarkan apabila ia tidak bergerak. Dengan motor elektrik, S-Pod boleh bergerak pada kelajuan maksimum sekitar 40 kilometer sejam yang jauh lebih pantas dari kelajuan manusia berlari. Pengguna duduk selesa seperti seorang maharaja silam di dalam tandu atau manusia obes dari filem Wally.
Pelancaran rasmi kenderaan peribadi ini akan berlangsung dua hari lagi. Segway Ninebot menyasarkan ujian pada penghujung 2020 sebelum ditawarkan kepada umum pada tahun 2021.