WhatsApp Menyaksikan Lebih 100 Bilion Mesej Dihantar Pada Ambang Tahun Baharu 2020

WhatsApp Menyaksikan Lebih 100 Bilion Mesej Dihantar Pada Ambang Tahun Baharu 2020

Diterbitkan pada Jan 6, 2020 oleh .

WhatsApp Messenger merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular yang digunakan secara meluas oleh pengguna seluruh dunia. Ini sekaligus menjadikannya sebagai salah satu medium untuk pengguna menyampaikan ucapan tahun baharu 2020.

Melalui perkongsian pihak WhatsApp, mereka mengatakan lebih 100 bilion mesej dihantar melalui platform mereka pada 31 Disember 2019 yang lepas.

Rekod baru ini sekaligus memecahkan pelbagai rekod lain sebelum ini, sekaligus menjadikannya sebagai angka mesej yang tertinggi pernah dihantar dalam satu hari.

Bagi anda sendiri, adakah anda mengutamakan penggunaan WhatsApp, atau menggunakan medium permesejan yang lain.



Paling Popular