Samsung telah pun sedia mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan telefon pintar mercu mereka yang seterusnya pada 11 Februari 2020 kelak. Selari dengannya, beberapa info baru hadir tertiris ke arena web berkenaan dengan peranti berkenaan.
Galaxy S20 dijangka hadir dalam tiga variasi peranti – berkemungkinan adalah Galaxy S20, Galaxy S20+ dan juga Galaxy S20 Ultra. Menariknya, ketiga-tiga peranti ini dijangka akan menawarkan kadar segar semula mencapai 120Hz.
Ini sekaligus akan menjadikan peranti dibawah keluarga Galaxy S20 menawarkan kadar segar semula yang paling tinggi dibawah keluarga peranti mudah-alih Samsung setakat ini – sekaligus menawarkan pengalaman yang lebih lancar ketika menikmati kandungan multimedia.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 11 Februari 2020 ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan pihak Samsung melalui telefon pintar mercu terbaru mereka.