Carian
Majalah Dewan Sastera Dan Dewan Bahasa Kini Boleh Diakses Secara Percuma Atas-Talian
January 6, 2020 Aman

Dewan Bahasa dan Dewan Sastera merupakan antara majalah bulanan yang popular diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dan mempunyai peminatnya tersendiri.

Dewan Sastera


Kini, seiring dengan populariti majalah digital, pihak DBP turut telah mendigitalkan penawaran majalah berkenaan. Kedua-dua majalah Dewan Sastera dan juga Dewan Bahasa boleh didapati secara percuma melalui laman rasmi DBP, sekaligus memudahkan pengguna untuk terus mengikuti majalah berkenaan tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos.

Bagi anda yang meminati kedua-dua majalah berkenaan, boleh melayari laman rasmi DBP hari ini, dan mengakses kedua-dua majalah ini secara percuma secara digital.

Komen