Cari @ Amanz

Telekom Malaysia sebelum ini telah hadir dengan promosi khas untuk Unifi Mobile – membolehkan pengguna melanggan pakej data dan panggilan tanpa had pada harga RM59 sebulan. Pada awalnya, TM memasarkan pakej baru ini sebagai promosi penghujung tahun sehingga 31 Disember 2019 sahaja – dan kini nampaknya ia dilanjutkan lagi sehingga 31 Mac 2020.

Unifi Mobile 99

Pakej Unifi Mobile 99 pada harga RM59 sebulan ini dibuka kepada semua pengguna Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas. Apa pun, pengguna akan tertakluk untuk kontrak selama 12 bulan bagi menikmati harga istimewa ini, dan menariknya harga berkenaan akan dikekalkan walaupun selepas tempoh 12 bulan berkenaan.

Pakej Unifi Mobile ini hadir dengan panggilan tanpa had, data tanpa had, dan SMS tanpa had. Pengguna turut diberikan dengan data 10GB LTE untuk digunakan sebagai hotspot untuk dikongsikan bersama peranti-peranti lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd