Realme hari ini telah pun memperkenalkan Realme 5i secara rasminya di Vietnam, sekaligus memperlihatkan penawaran yang disertakan oleh telefon pintar ini.
Realme 5i ini hadir dengan skrin 6.5-inci dengan resolusi HD+, dijana dengan cip Snapdragon 665, memori 3GB RAM, dan storan 32GB.
Telefon pintar ini menyertakan empat-kamera dibelakang, menggunakan sensor 12MP utama + 2MP (depth) + 2MP (makro) + 8MP (ultra-lebar). Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 8-megapixel. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri 5000mAh bersama dengannya.
Penawaran telefon pintar ini terus menambah ahli keluarga baru dibawah siri Realme 5 sebelum ini. Ia dilihat akan menawarkan harga jualan sedikit rendah berbanding Realme 5 edisi biasa. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut pengenalan rasmi peranti ini untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.