Alienware Concept UFO – Komputer Windows 10 Dengan Rekaan Seumpama Nintendo Switch

Alienware Concept UFO – Komputer Windows 10 Dengan Rekaan Seumpama Nintendo Switch

Diterbitkan pada Jan 7, 2020 oleh .

Alienware merupakan salah satu sub-jenama dibawah Dell yang memfokuskan kepada penawaran komputer yang dioptimasikan untuk permainan dan juga multimedia. Terbaru, pada acara CES 2020 hari ini, Alienware telah mencuri perhatian ramai dengan memperlihatkan prototaip terbaru mereka dinamakan Concept UFO.

Alienware Concept UFO

Concept UFO merupakan sebuah komputer Windows 10 bersaiz kompak, dan menawarkan rekaan seumpama Nintendo Switch.

Concept UFO hadir dengan skrin 8-inci, hadir dengan alat kawalan yang boleh ditanggalkan seumpama Nintendo Switch, selain kemudahan untuk menghubungkan ia ke televisyen.

Concept UFO ini dikatakan menjalankan sebuah launcher khusus diatas Windows 10, selain mana membolehkan pengguna memainkan pelbagai permainan untuk Windows – terutamanya daripada Steam.

Buat masa ini, ia masih sekadar konsep sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan dipasarkan kepada umum atau sebaliknya.



TIPS & ULASAN