Intel Memperlihatkan GPU Diskret Tersendiri Di CES 2020, Dikenali “DG1”

Intel Memperlihatkan GPU Diskret Tersendiri Di CES 2020, Dikenali “DG1”

Diterbitkan pada Jan 7, 2020 oleh .

Intel sebelum ini telah berkongsi perancangan untuk hadir dengan GPU mereka tersendiri, dan pada acara CES 2020 hari ini, pengeluar cip pemprosesan terkemuka berkenaan pra-lihatkan GPU mereka.

Intel memanggil GPU diskret mereka ini dengan nama kod “DG1” buat masa ini, dan ia akan menggunakan binaan berasaskan Intel Xe, sekaligus menjanjikan prestasi baik bersama cip Intel generasi baru.

Buat masa ini, tiada spesifikasi penuh berkaitan GPU ini dikongsikan oleh pihak Intel.

Intel sebelum ini sedia menawarkan cip pemprosesan mereka dengan sokongan grafik terbina – sekaligus membolehkan pengguna menikmati sejumlah ciri-ciri grafik asas menggunakannya. Dengan penawaran GPU secara berasingan, ia dijangka akan membolehkan pengguna menikmati sokongan grafik lebih tinggi, selain menikmati kandungan permainan dan multimedia dengan mudah menggunakan GPU daripada Intel sendiri tanpa bergantung kepada pihak ketiga.

Intel dijangka akan memasarkan ia sekitar 2021 kelak. Dengan NVIDIA dan AMD yang sedia popular dalam arena ini, semestinya ia agak menarik untuk melihat bagaimana Intel mula mencuri pasaran daripada kedua-dua jenama terkemuka berkenaan.



TIPS & ULASAN