Carian
MSI
Komputer Riba MSI GS66 Stealth Diumumkan Dengan Skrin 300Hz Dan Bateri 99.9 Wh
January 7, 2020 Effi Saharudin

Acara CES berterusan hari ini dengan pelbagai pengumuman produk yang menarik. Antara yang menarik perhatian kami ialah komputer riba permainan video MSI GS66 Stealth yang dilengkapi skrin 300Hz serta saiz kapasiti gergasi 99.8Wh.

 Komputer riba untuk permainan video tidak mempunyai reputasi masa penggunaan yang baik apabila menggunakan bateri. Dengan bateri sebesar 99.9Wh MSI berharap GS66 Stealth akan dapat bertahan lama ketika bertarung di dunia maya. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 15.6″, dijana cip Intel Core i9 siri-H generasi kesepuluh, memori sehingga 32GB, storan sehingga 2TB PCIe SSD dan kad grafik NVIDIA RTX yang terkini.

Papan kekunci mempunyai sokongan lampu RGB bagi menarik peminat permainan video tetapi rekaan luarnya tidak melampau membuatkan ia sesuai juga digunakan untuk tugasan kerja pejabat.

Tetapi jika anda mahukan rekaan yang lebih “gamer”, MSI GE66 Raider turut dilancarkan dengan spesifikasi yang sama lengkap dengan skrin 300Hz. Perbezaan terletak pada rekaan penutup dan lubang sistem penyejukan yang lebih agresif. GE66 Raider juga mempunyai sistem lampu RGB pada bahagian hadapan yang boleh ditukar mengikut kehendak pengguna. Akhir sekali GE66 Raider turut mempunyai port tambahan seperti pembaca kad SD.

Tiada maklumat mengenai harga dan tarikh jualan pada waktu ini.

Komen