Samsung hari ini mengambil pentas utama pada acara CES 2020, dan membuat kejutan dengan memperkenalkan sebuah robot berbentuk bola, dinamakan sebagai Ballie.
Ballie merupakan robot yang turut dilengkapi sokongan kecerdasan buatan, membolehkan ia digunakan untuk beberapa tujuan. Antaranya termasuk sebagai pembantu peribadi, menjadi robot sekuriti, robot pembantu kecergasan, membantu warga tua di rumah, mengawal peranti pintar, dan sebagainya.
Ia turut dilengkapi dengan pemuka khusus yang membantu pengguna dalam menambah-baik lagi kualiti hidup mereka.
Ballie turut dilengkapi sebuah kamera khusus yang boleh mengenal-pasti orang, dan mengikut mereka.
Buat masa ini, pihak Samsung masih belum mengumumkan bilakah robot bola ini akan dipasarkan kepada umum.
https://www.youtube.com/watch?v=3j8nxMYAjEQ