Visor penghalang matahari ialah aksesori yang telah wujud sejak 1920an untuk mengelakkan silau ketika memandu. Pada awalnya ia terletak di luar kenderaan sebelum diletakkan pada bahagian dalam pada tahun 1931. Sejak dari tahun tersebut, rekaan visor penghalang matahari tidak banyak berubah. Satu kekurangan visor ini ialah ialah turut menghalang pandangan pemandu yang boleh membawa bahaya.
Bosch telah memperlihatkan konsep Virtual Visor yang merupakan sebuah visor maya. Panel legap digantikan dengan skrin LCD yang hanya menghalang bahagian yang menyilaukan mata pemandu secara automatik. Bahagian lain kekal lutcahaya sekaligus mengelakkan sebarang halangan pemandangan ketika memandu. Buat masa ini Virtual Visor masih hanya sebuah konsep tanpa cadangan menjadikannya produk sebenar,