Cari @ Amanz

Kerap kali kami dengari orang mengatakan kamera digital tidak lagi diperlukan di dunia yang semakin dipenuhi telefon pintar. Tetapi hakikatnya kemampuan fotografi telefon pintar masih jauh di belakang kamera DSLR profesional. Canon EOS-1D X Mark III telah dilancarkan hari ini sebagai model kemas kini untuk EOS-1D X Mark II yang dilancarkan pada tahun 2016.

Sensor masih lagi sebesar 20.1 Megapixel Full Frame CMOS tetapi dipadankan dengan pemproses terkini DIGIC X. Julat ISO meningkat di antara 100 to 102400 tetapi boleh dikembangkan ke 50-819200. Pemproses sekunder DIGIC 8 pula digunakan untuk sistem auto fokus. Menurut Canon, DIGIC 8 adalah 3.1 kali ganda lebih berkuasa berbanding DIGIC 6 yang digunakan pada Mark II. Hasilnya ialah kemampuan memproses Dual Focus yang 380 kali lebih pantas.Sistem pemfokusan Eye-AF turut diberikan bagi membolehkan objek dijejak dengan lebih tepat.

Kemampuan menangkap gambar ialah sehingga 20 bingkai sesaat. Kemampuan rakaman video pula adalah sehingga 4K 60FPS. Pada panel belakang sebuah skrin sesentuh LCD sebesar 3.2″ disertakan. Terdapat dua slot untuk kad CFexpress, bicu mikrofon, fon telinga, USB-C, mini HDMI dan juga ethernet. Bateri yang digunakan pula mampu memberikan sehingga 2850 tangkapan gambar sebelum perlu dicas. Canon EOS-1D X Mark III akan mula dijual pada pertengahan Februari dengan harga $6499 (~RM 27,000),

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd