Nokia 6.1 Plus Mula Menerima Kemaskini Android 10 – Peranti Android One Pertama Dengan Android 10
Fahim Zahar
Nokia 6.1 Plus adalah peranti kelas pertengahan yang menjalankan Android One. Ia dilancarkan pada tahun 2018 dan dijual di Malaysia pada harga RM1149. Walaupun ia menggunakan Android One, kemaskininya masih tidak cukup pantas jika dibandingkan dengan peranti-peranti lain.
Nokia 6.1 Plus users, you ready? Your phone’s are now running on the latest Android 10 update . Tap into your smartphone’s upgraded experience and access the latest features today. Have you already upgraded? Let us know in the comments below!👇https://t.co/KHlUcTyy76 pic.twitter.com/7KC9wSOb2V
— HMD (@HMDdevices) January 6, 2020
Terkini, Nokia telah mula mengedarkan kemaskini Android 10 untuk perani ini. Secara tidak langsung menjadikan antara peranti Android One pertama yang menerima kemaskini ini. Saiz kemaskini ini adalah sekitar 1.3GB dan ia hadir bersama-sama dengan tampalan sekuriti Disember 2019. Seperti biasa, kemaskini ini diedarkan secara berperingkat dan tidak semua orang akan menerimanya secara serentak. Rajin-rajin semak notifikasi atau terus ke tetapan untuk lihat sama ada kemaskini OTA sudah sedia atau belum.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.