Aukey Hadir Dengan Siri Pengecas Omnia – Pengecas PD Teknologi GaN Dalam Saiz Amat Kompak

Aukey Hadir Dengan Siri Pengecas Omnia – Pengecas PD Teknologi GaN Dalam Saiz Amat Kompak

Diterbitkan pada Jan 7, 2020 oleh .

Sejak tahun lepas, banyak syarikat telah hadir dengan pelbagai jenis pengecas USB Power Delivery. Setiap syarikat menawarkan kelebihan masing-masing, seperti saiz kompak, kekal sejuk dan menggunakan teknologi GaN. Antara yang aktif tahun lepas adalah ZMI, iaitu syarikat yang menghasilkan barangan kuasa Xiaomi.

Tahun ini, giliran jenama-jenama besar pula seperti Aukey hadir dengan produk yang lebih kurang sama. Aukey baru-baru ini telah melancarkan siri pengecas Omnia. Setiap pengecas ini hadir dengan cip kawalan tersendiri, OmniaChip. Aukey menggunakan teknologi GaN (gallium nitride) untuk memastikan pengecasan adalah lebih pantas, penukaran kuasa adalah lebih bagus dan fungsi Dynamic Detect boleh menjaminkan penjimatan kuasa. Untuk itu, Aukey hadir dengan lima jenis pengecas berbeza;

  • Omnia 61W PD Wall Charger
    • Sambungan: 1x USB-C
    • Kuasa: 61W USB-PD 3.0
  • Omnia 65W Dual-Port PD Wall Charger
    • Sambungan: 1x USB-C, 1x USB-A
    • Kuasa: USB-C sehingga 60W USB 3.0, kuasa USB-A masih belum dikongsikan
  • Omnia 65W Dual-Port PD Wall Charger
    • Sambungan: 2x USB-C
    • Kuasa: Atas 18W, Bawah 60W – kedua-dua kuasa USB-PD

Dua lagi variasi tidak dijelaskan lagi oleh Aukey. Apa yang pasti adalah kedua-duanya pengecas 100W USB-PD. Salah satu unit akan hadir dengan 1x port USB-C dan satu lagi adalah jenis dwi-port. Aukey menyasarkan jualan akan bermula pada suku kedua tahun ini, harga juga belum diumumkan lagi.

Berdasarkan pengalaman saya menggunakan produk-produk Aukey, ia adalah produk yang berkualiti dan dijual pada harga yang standard. Tidak begitu murah dan tidak begitu mahal. Ini mungkin akan menjadi pilihan pengecas saya kelak.



TIPS & ULASAN