Xiaomi Malaysia Mula Menjual Redmi Powerbank 20000mAh – Harga Hanya RM99

Xiaomi Malaysia Mula Menjual Redmi Powerbank 20000mAh – Harga Hanya RM99

Diterbitkan pada Jan 7, 2020 oleh .

Bulan Julai tahun lepas, Redmi mula melancarkan dan menjual power bank mereka yang tersendiri. Harga jualan power bank mereka adalah bermula dari RM35 untuk versi 10000mAh dan sekitar RM59 untuk versi 20000mAh. Ia adalah power bank asas dengan sokongan USB-C, tetapi variasi 20000mAh hadir dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Terkini di Malaysia, Xiaomi Malaysia mula menjual Redmi Power Bank 20000mAh. Harga jualan adalah RM99 dan ia akan terus di jual di kedai-kedai fizikal Xiaomi seluruh negara. Untuk menggunakan pengecasan pantas 18W, pengguna hanya boleh menggunakan satu port sambungan sahaja. Jika menggunakan dua port, pengecasan pantas akan berhenti berfungsi. Ya, set Malaysia sedikit lebih mahal – tetapi ia hadir dengan jaminan dan akan lebih mudah bagi pengguna menuntut jika kerosakan berlaku.


TIPS & ULASAN