Cari @ Amanz

Bluetooth Special Interest Group (SIG) baru sahaja mengumumkan format terbaru bluetooth ialah LE Audio. Menerusi LE Audio peranti boleh melakukan tambatan kepada lebih dari satu aksesori audio nirwayar secara serentak dan juga sokongan alat pendengaran untuk golongan OKU.

Sokongan tambatan ke lebih dari satu aksesori audio nirwayar yang diberi nama Broadcast Audio ini adalah fungsi yang sudah lama diminta oleh pengguna. Bluetooth 5.0 yang wujud sekarang hanya membenarkan dua aksesori audio ditambat secara serentak seperti yang disokong pada Galaxy S10 misalnya. Pada peranti iOS fungsi ini diberikan tetapi hanya pada aksesori keluaran Apple dengan cip khusus. Selain itu LE Audio juga menawarkan codec baharu yang menawarkan penstriman audio berkualiti tinggi yang menggunakan jalur lebar yang rendah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd