Telekom Malaysia Memperkenalkan Pakej Unifi Mobile Khusus Untuk Pelancong

Telekom Malaysia Memperkenalkan Pakej Unifi Mobile Khusus Untuk Pelancong

Diterbitkan pada Jan 8, 2020 oleh .

Selari dengan tahun melawat Malaysia 2020, kini Telekom Malaysia telah pun melancarkan sebuah pakej Unifi Mobile ditujukan khusus untuk para pelancong, dan menawarkan akses data tanpa had melaluinya.

Melalui apa yang ditawarkan, Telekom Malaysia menyediakan dua pakej berbeza, iaitu pakej dengan akses selama 7 hari, atau selama 15 hari.

Unifi Mobile Tourist

Pakej selama 7 hari ditawarkan pada harga RM30, sementara pakej 15 hari pula ditawarkan pada harga RM60. Kedua-duanya hadir dengan penawaran penggunaan data tanpa had, selain dilengkapi kredit sebanyak RM5 yang boleh digunakan untuk membuat panggilan atau SMS.

Pelancong yang berminat boleh membuat pra-pembelian untuk pakej ini, dan seterusnya menerima kad SIM dan sebagainya pada Pusat Maklumat Pelancong di KLIA atau KLIA2.



TIPS & ULASAN