Imej Pengolokan iPhone 9 Tertiris

Imej Pengolokan iPhone 9 Tertiris

Diterbitkan pada Jan 8, 2020 oleh .

Tahun ini Apple dijangka akan melancarkan tujuh iPhone berbeza. Salah satu daripadanya adalah iPhone SE2 atau iPhone 9. Ia adalah iPhone kelas pertengahan daripada Apple dan dilaporkan akan dijual pada harga bermula $399, iaitu sekitar RM1638.

Terkini, imej pengolokan peranti ini telah tertiris. Ia benar-benar mengikut laporan sebelum ini yang mana rekaan adalah mirip iPhone 8. Kemudian logo Apple kini berada di tengha-tengah seperti iPhone 11 dan memperlihatkan kemasan matte seperti iPhone 11 Pro. Cip yang digunakan dikatakan adalah Apple A13 Bionic, yang mana adalah yang paling berkuasa sekarang. Storan pula dikatakan akan bermula dari 64GB dan 128GB.

Jika itu tidak cukup, tahun 2021 Apple dilaporkan akan melancarkan iPhone SE2 Plus. Ia adalah iPhone skrin penuh bersaiz 5.5-inci atau 6.1-inci mungkin tanpa takuk. Kerana tahun 2021, Apple dikatakan mungkin akan mula menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin.



TIPS & ULASAN