Carian
Razer Kishi – Alat Kawalan Yang Disambung Melalui Port USB-C Atau Lightning
January 8, 2020 Fahim Zahar

Tahun lepas bulan Oktober, Razer telah melancarkan Junglecat. Ia adalah alat kawalan seakan Joy-Con untuk Switch yang boleh digunakan pada peranti pintar. Tetapi hanya peranti terpilih sahaja boleh menggunakannya. Terkini di acara CES 2020, mereka melancarkan satu lagi alat kawalan yang hampir lebih kurang sama – tetapi boleh digunakan pada mana-mana peranti pintar dengan port USB-C atau Lightning.

Alat kawalan ini adalah Razer Kishi. Berbeza dengan Junglecat yang menggunakan tambatan Bluetooth, Kishi perlu disambung terus pada port pengecasan. Kemudian, terdapat seakan strap untuk mencengkam peranti. Kuasa Kisihi adalah daripada bateri peranti, kerana ia tidak menggunakan Bluetooth atau tidak mempunyai bateri. Terdapat juga port pengecasan terbina pada Kishi untuk pengguna mengecas peranti.

Razer mengatakan alat kawalan dilancarkan sebagai persediaan untuk memasuki era permainan video awan. Ia akan dikeluarkan pada tahun ini dan menurut The Verge ia akan dijual dengan harga lebih kurang Junglecat iaitu $100 (RM410).

Komen