Penggunaan sistem modular pada telefon pintar kurang mendapat sambutan seperti yang pernah dilakukan oleh Motorola. Tetapi ini tidak bermakna rekaan ini tidak boleh digunapakai pada peranti lain. Insta 360 One R ialah sebuah kamera aksi modular yang mempunyai beberapa mod lensa kamera dan aksesori untuk kegunaan pelbagai situasi.
Ia terdiri daripada sistem pemproses utama Core yang dipasang kepada lensa 360 darjah, lensa 4K sudut lebar atau lensa 1-inci sudut lebar yang dibangunkan dengan kerjasama Leica. Ini kemudiannya disambungkan pula pada tapak bateri atau aksesori pek bateri tambahan yang menggandakan hayat rakaman video.
Ia mampu merakam video pada resolusi 4K 60FPS atau 5.7K 360 darjah. Selain itu terdapat fungsi rakaman gerak perlahan, timelapse, bullet time dan memadam kayu selfie dari video yang dirakam. Walaupun ia modular, One R masih mempunyai kemampuan kali air IPX8 hingga kedalaman 8 meter. Mikrofon turut boleh disambung menerusi bicu USB-C merangkap port pengecasan.
Seperti kamera aksi lain di pasaran, One R boleh ditambat ke peranti pintar Android dan iOS. Insta 360 One R dilihat sebagai pesaing kepada GoPro Hero 8 Black yang mempunyai sokongan aksesori modular Media Mod