Microsoft Surface Pro X Ditawarkan Pada Harga Bermula RM4599 – Pratempah Dibuka Esok

Microsoft Surface Pro X Ditawarkan Pada Harga Bermula RM4599 – Pratempah Dibuka Esok

Diterbitkan pada Jan 8, 2020 oleh .

Bulan lalu Microsoft Surface Pro 7 dan Surface Laptop 3 memasuki pasaran tempatan. Tetapi ramai yang tertanya-tanya bilakah tablet Surface Pro X akan ditawarkan? Jawapannya ialah ia boleh dipratempah menerusi rakan dagang Microsoft esok pada harga bermula RM4599 dengan jualan terbuka pula pada 17 Januari ini.

Surface Pro X

Surface Pro X hadir dengan skrin PixelSense 13 inci (2880 x 1920 pixel) bernisbah 3:2, menawarkan rekaan dua-dalam-satu yang membolehkan ia digunakan sebagai tablet atau komputer. Microsoft juga mengatakan ia menawarkan rekaan yang nipis dan ringan, selain turut dilengkapi sokongan USB-C dan integrasi sokongan LTE.

Satu perbezaan ketara yang dapat dilihat  dari segi spesifikasi ialah komponen yang digunakan untuk menjana tablet Surface Pro X ini. Menguasakannya ialah sebuah cip pemprosesan ARM yang dinamakan Surface SQ1 yang dibangunkan oleh Microsoft dengan kerjasama Qualcomm lengkap dengan GPU Adreno 685. Ia turut hadir dengan memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 512GB. Dari segi sistem operasi, tablet yang diperlihatkan sewaktu acara pelancaran peranti Surface menggunakan Windows 10 Pro 64-bit.

Dalam pada itu, peranti Surface Pro X ini juga hadir dengan papan kekunci Surface khusus yang mempunyai kebolehan untuk mengecas aksesori Surface Pen secara nirwayar.



TIPS & ULASAN