WearOS tidak dinafikan adalah sistem operasi jam tangan pintar yang baik. Namun, prestasinya tidak sekata dengan jam-jam tangan pintar lain. Ini kerana setiap jenama ingin hadir dengan perubahan tersendiri, fungsi dan ciri yang tersendiri, sehinggakan ketahanan bateri dan prestasi Wear OS menjadi teruk. Tetapi itu tidak bermakna Wear OS gagal dan akan mengalah.
Skagen Falster 3 adalah jam tangan pintar Wear OS terbaru. Jam ini hadir dengan memori 1GB RAM dan dijana dengan Snapdragon Wear 3100. Ia juga hadir dengan pembesar suara untuk memudahkan pengguna menggunakan Google Assistant, hadir dengan mod penjimatan bateri dari Fossil, NFC, GPS dan perlindungan kalis air 3ATM. Saiz jam adalah 42mm dengan tali jam 22mm. Sayang sekali, butiran lain seperti panel skrin tidak dikongsi. Tetapi jam ini nampak unik dan ia turut mempumyai dua butang serta satu crown yang boleh putar.
Harga jualan adalah $295, iaitu sekitar RM1211. Kelak, mereka turut akan hadir dengan edisi khas – hasil kolaborasi bersama-sama dengan X by KYGO.