Peranti OnePlus, Oppo, Realme Dan Xiaomi Akan Menyokong Kandungan Video HDR10+
Artikel Berkaitan

Peranti OnePlus, Oppo, Realme Dan Xiaomi Akan Menyokong Kandungan Video HDR10+

Diterbitkan pada Jan 8, 2020 oleh .

HDR10+ ialah format HDR yang cuba menyaingi format Dolby Vision. Ia dibangunkan menerusi kerjasama Samsung, Panasonic dan 20th Century Fox. Tidak seperti Dolby Vision, HDR10+ boleh digunakan tanpa perlu membayar lesen kepada pihak Dolby. Bagi pengguna peranti yang menyokong HDR10+, proses mencari kandungan julat dinamik tinggi akan menjadi semakin mudah kerana ia mula disokong pada peranti keluaran OnePlus, Oppo, Realme dan Xiaomi.

Selain menonton video, peranti-peranti ini juga kelak akan mampu melakukan rakaman video HDR10+ Turut diumumkan hari ini ialah format ini turut akan disokong oleh Google Play Movie & TV dan televisyen keluaran Vizio. Buat masa ini jumlah kandungan yang ditawarkan dalam format HDR10+ masih lagi kecil kerana terhad kepada filem yang diterbitkan oleh studio Fox.

Dengan pengumuman ini, fungsi HDR yang pada hemat kami masih belum digunakan dengan meluas tidak akan lagi menjadi gajah putih pada telefon pintar mercu di pasaran.



TIPS & ULASAN