OnePlus Memperkenalkan Optimized Charging – Menjamin Kesihatan & Ketahanan Bateri Peranti

OnePlus Memperkenalkan Optimized Charging – Menjamin Kesihatan & Ketahanan Bateri Peranti

Diterbitkan pada Jan 8, 2020 oleh .

OnePlus sejak OnePlus One lagi sentiasa mementingkan bateri pada peranti. Jika anda pernah mengguna semua peranti OnePlus, SOT 8-9 jam sebenarnya tiada masalah untuk capai walaupun kapasiti bateri sekitar 3000-4000mAh sahaja. Ini adalah kerana sistem operasi dan pengoptimasian yang OnePlus sediakan adalah baik.

Tetapi sejak OnePlus memperkenalkan sistem pengecasan pantas Dash Charge dan Warp Charge, pasti ramai akan risau akan jangka hayat bateri peranti. Ya, ia boleh mengecas bateri peranti dengan pantas – tetapi kesihatan bateri bagaimana? Oleh yang demikian, OnePlus memperkenalkan Optimized Charging. Ia adalah fungsi baharu dalam OxygenOS untuk menangguhkan kadar penurunan peratusan bateri secara optimum tanpa menjejaskan pengalaman pengguna.

Melalui fungsi ini, peranti OnePlus hanya akan dicas sehingga 80% dan akan menangguhkannya untuk mencapai 100% sehinggalah penggera bangun tidur mula bunyi atau notifikasi kalendar acara mula terpapar untuk keesokan harinya. Ia akan menggunakan fungsi kitaran tidur pengguna untuk menentukan bila pengguna akan mula cabut kabel dari peranti dan mula menggunakannya. Tidak kira berapa lama kabel disambungkan, peranti tetap akan dicas sehingga 80% sahaja. Fungsi ini juga mempunyai pembelajaran mesin yang akan belajar cara pengguna menggunakan peranti mereka, contohnya jika pengguna bangun tidur 8 pagi – waktu itulah pengecasan penuh akan berlaku.

Untuk mengaktifkan fungsi ini, pengguna hanya perlu pergi ke tetapan sistem, ke bahagian bateri dan hidupkan Optimized Charging. Segala data yang dikumpulkan OnePlus tidak akan disimpan di tempat lain kecuali dalam peranti sahaja. Kelak di masa hadapan, fungsi ini akan menjadi lebih pintar – seperti mengenalpasti jika pengguna tidur lewat, merantau ke luar negara, menentukan masa yang sesuai untuk pengecasan penuh jika waktu tidur pengguna tidak konsisten dan banyak lagi.



Paling Popular