Filmmaker Mode Akan Turut Disokong Pada Televisyen Samsung, Philips Dan Kaleidescape
Artikel Berkaitan

Filmmaker Mode Akan Turut Disokong Pada Televisyen Samsung, Philips Dan Kaleidescape

Diterbitkan pada Jan 8, 2020 oleh .

UHD Alliance mengumumkan Filmmaker Mode pada Ogos tahun lalu bagi membolehkan karya filem dan siri ditonton dengan betul seperti visi asal pengarah. Mod ini menerima sokongan pengarah ternama seperti Christopher Nolan, Martin Scorcese,  Ryan Coogler, Paul Thomas Anderson, JJ Abrams, Ang Lee, James Cameron dan banyak lagi. Di CES, UHD Alliance mengumumkan mod ini akan disokong pada televisyen keluaran Samsung, Philips dan Kaleidescape.

Dengan pengumuman ini, mereka mengikuti langkah LG, Panasonic, dan Vizio  yang akan mula menawarkan Filmmaker Mode pada TV yang dipasarkan pada tahun 2020. Filmmaker Mode akan dapat mengesan kandungan secara automatik dan mematikan mod Motion Smoothing yang menyebabkan kandungan yang ditonton dipaparkan pada kadar 60-100 Hz. Akibatnya filem yang dirakam pada kadar asal 24FPS kelihatan seperti drama murahan.



TIPS & ULASAN