Cari @ Amanz

Secara lazimnya skrin e-ink hanya mampu memaparkan warna monokrom. Penggunaannya dipopularkan oleh peranti pembaca ebuku Kindle sebelum digunakan sebagai skrin sekunder pada telefon seperti YotaPhone. Di CES, HiSense telah memperlihatkan telefon pintar pertama yang menggunakan skrin e-ink berwarna.

Nama peranti ini tidak diketahui tetapi berkongsi rekaan serta spesifikasi Hisense A5 yang dilancarkan sebelum ini dengan skrin e-ink monokrom. Menurut HiSense teknologi skrin e-ink berwarna kini cukup matang untuk digunakan pada telefon pintar. Kelebihan skrin e-ink ialah ia menjimatkan penggunaan bateri dan hanya perlu disegar semula apabila diperlukan. Tanpa kuasa bateri sekalipun imej akhir pada skrin akan dapat dilihat. Kekurangannya pula ialah kadar segar semula yang rendah menyebabkan ia tidak sesuai digunakan untuk menonton video.

Oleh itu peranti HiSense ini mungkin sesuai digunakan untuk tujuan membaca laman web, majalah elektronik dan buku yang mempunyai halaman berwarna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd