Carian
Pulau Pinang Menyasarkan Untuk Menjadi Negeri Nirtunai Menjelang Mac 2020
January 8, 2020 Aman

Arena nirtunai kini semakin hangat menjadi nbualan ramai, apatah lagi dengan penawaran program eTunai oleh kerajaan yang memberikan kredit sebanyak RM30 untuk rakyat Malaysia.


Selari dengannya, kini kerajaan negeri Pulau Pinang mengatakan mereka menyasarkan untuk mengimplementasi kaedah transaksi nirtunai dalam tempoh masa dua bulan akan datang. Dengan implementasi ini, ia akan membolehkan pengguna di Pulau Pinang menggunakan dompet digital untuk pelbagai transaksi nirtunai di negeri berkenaan.

Buat masa ini, sejumlah pekedai di Pulau Pinang telah menerima bayaran menggunakan dompet digital Touch n Go, selain mana ia turut dijangka akan diimplementasi untuk menerima bayaran daripada majlis perbandaran dan sebagainya.

Komen