Nokia 6.1 & Nokia 7 Plus Kini Menerima Kemaskini Android One Android 10

Nokia 6.1 & Nokia 7 Plus Kini Menerima Kemaskini Android One Android 10

Diterbitkan pada Jan 8, 2020 oleh .

Semalam Nokia 6.1 Plus mula menerima kemaskini Android 10. Ia adalah antara peranti pertama Android One yang menerima kemaskini ini. Nokia 6.1 Plus adalah peranti kelas pertengahan dua tahun lepas dan Nokia masih teruskan kemaskini Android terkini, menunaikan janji kemaskini utama adalah dua tahun dan kemaskini tampalan sekuriti tiga tahun.

Baru-baru ini, Nokia 7 Plus dan Nokia 6.1 pula menjadi giliran seterusnya dari Nokia untuk menerima kemaskini Android 10. Kedua-dua peranti ini juga adalah peranti Android One. Nokia 6.1 dijual pada harga RM1100 dan adalah peranti dua tahun lepas juga. Ia juga berada dalam kategori peranti kelas pertengahan. Untuk Nokia 7 Plus pula, ketika ia dilancarkan pada tahun yang sama dengan Nokia 6.1 – ia dijual pada harga RM1699. Peranti ini adalah peranti kelas pertengahan premium, yang mana digantikan dengan Nokia 8.1.

Melalui kemaskini Android 10, ia hadir dengan sokongan mod tema gelap, antaramuka yang diubah sedikit, memfokuskan kepada privasi dan sekuriti dan juga lebih pintar. Bagi yang masih menggunakan peranti ini, tunggu sahaja notifikasi atau semak di tetapan untuk memulakan muat turun dan memasang Android 10.



TIPS & ULASAN