Cari @ Amanz

PopSocket adalah aksesori yang agak terkenal. Tetapi, tidak ramai yang menggemari produk ini kerana harga jualannya adalah mahal. PopSocket merupakan aksesori pemegang peranti yang perlu dilekat di belakang peranti dan kemudian boleh memudahkan pengguna memegang peranti dengan lebih cengkaman atau juga mendirikan peranti untuk diletak di atas meja. Otterbox juga pernah hadir dengan kerangka tahan lasak dengan PopSocket terbina.

Masalah PopSocket ini adalah, apabila ia sudah dipasang pada sesebuah peranti – fungsi pengecasan nirwayar tidak boleh digunakan. Ini adalah kerana, ia menjadikan peranti tebal dan menghalang hubungan antara belakang peranti dengan permukaan pengecas nirwayar. Oleh yang demikian, PopSocket hadir dengan pengecas nirwayar tersendiri PopPower. Ia adalah sebuah pengecas nirwayar dengan lubang di tengah-tengah untuk memudahkan peranti dicas secara nirwayar.

PopPower hadir dengan kuasa pengecasan 15W, kabel sepanjang 6 kaki, dikuasakan oleh NuCurrent, asas dengan getah bagi memberi cengkaman tambahan, dan mempunyai sistem keselamatan yang boleh mengesan objek asing. Ia menyokong untuk kesemua aksesori PopSocket kecuali  PopGrip Lips, kerana mengandungi bahan binaan logam. Harga jualan adalah $60, iaitu sekitar RM246. PopSocket menawarkan rekaan berwarna putih, Mountainscape dan Cosmic Cloud.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd