TCL tahun lepas telah memperlihatkan peranti kelas pertengahan mereka, TCL Plex. Ia adalah sebuah telefon pintar skrin LCD yang memfokuskan media, yang boleh ubah apa jua kandungan ke HDR. TCL Plex itu adalah permulaan sahaja, kerana barisan peranti TCL 10 adalah pesaing sebenar yang bakal membunuh pelbagai peranti tahun ini.
https://youtu.be/X1UxXPSk1lo
Di acara CES 2020, TCL telah memperlihatkan TCL 10 5G, TCL 10 Pro dan juga TCL 10L. TCL 10 5G dikatakan akan dijana dengan cip Snapdragon 765G, menggunakan kamera 64MP, mengekalkan skrin NXTVISION dan hadir dengan sokongan GPS hiper-jitu. Skrin pula dilihat adalah jenis skrin berlubang. Begitu juga dengan TCL 10L yang menggunakan skrin yang lebih kurang sama. Tetapi ia tiada sokongan 5G dan kamera hanyalah 48MP sahaja.
https://youtu.be/Eajz3nz0aKc
Untuk TCL 10 Pro, ia paling mengambil perhatian saya. Ia adalah sebuah peranti kelas pertengahan dengan skrin AMOLED melengkung, bertakuk kecil dan kekal menyokong NXTVISION. Kamera adalah 64MP kuad-lensa. TCL 10 Pro ini juga akan menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin, manakala yang lain adalah pengimbas cap jari fizikal yang klasik.
https://youtu.be/_DneCplno3c
Semua peranti ini akan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 765 dan 765G. Kesemuanya juga akan mempunyai tetapan kuad-kamera dengan dwi-flash LED. Butiran lanjut peranti-peranti ini turut akan dikongsi oleh TCL di acara MWC Barcelona 2020 kelak. Harga anggaran adalah bawah $500, iaitu sekitar RM2050 ke bawah.