Storan SSD Samsung T7 Touch Dilengkapi Pengimbas Jari Terbina

Storan SSD Samsung T7 Touch Dilengkapi Pengimbas Jari Terbina

Diterbitkan pada Jan 9, 2020 oleh .

Kerana saiz fail semakin besar, bagi kebanyakan pengguna pemacu USB biasa tidak lagi menawarkan saiz storan yang mencukupi. Oleh itu storan luaran dibeli untuk menyimpan fail penting seperti gambar dan fail PSD. Di CES, Samsung T7 Touch telah dilancarkan dan ia adalah storan luaran SSD dengan pengimbas cap jari terbina pada tubuh.

Fail hanya boleh dibaca sekiranya jari pemilik diimbas terlebih dahulu. Pada waktu yang sama data juga menyokong sistem penyulitan AES 256-bit. Menerusi SSD yang digunakan, T7 Touch boleh membaca  pada kelajuan 1,050MB/s dan menulis pada kelajuan to 1,000MB/s. Pilihan saiz storan ialah 500GB, 1TB, dan 2TB dengan harga harga bermula dari $129.99 (~RM530) sebuah.


TIPS & ULASAN