Warner Bros. Pictures Kini Menggunakan Kecerdasan Buatan Proses Memilih Pelakon Dan Menerbitkan Filem
Artikel Berkaitan

Warner Bros. Pictures Kini Menggunakan Kecerdasan Buatan Proses Memilih Pelakon Dan Menerbitkan Filem

Diterbitkan pada Jan 9, 2020 oleh .

Kecerdasan buatan telah digunakan untuk mengesan kanser dan melakukan analisis data pengguna. Tidak seperti manusia, kecerdasan buatan adalah lebih pantas, tidak perlu bercuti dan tidak jatuh sakit. Warner Bros. Pictures, antara studio filem terbesar di dunia telah menandatangani perjanjian dengan firma Cinelytics bagi menggunakan sistem kecerdasan buatan yang boleh menganalisa filem sebelum ia diterbitkan.

Menerusi perisian Cinelytics, data digunakan untuk mencari pelakon yang perlu diambil, cara filem perlu dipasarkan, tempoh pemasaran dan bilakah filem perlu ditayangkan kecerdasan buatan. Pada waktu sama ramalan kutipan di pawagam oleh sesebuah filem sebelum ditayangkan dapat dilakukan dengan lebih tepat. Menurut Cinelytics ini tidak bermakna tugas manusia akan diambil tetapi sebaliknya mengurangkan beban memproses data yang leceh dan mengambil masa yang lama.


TIPS & ULASAN