Carian
CIMB Melancarkan Akaun WhatsApp Rasmi
January 9, 2020 Aman

CIMB WhatsAppBeberapa jenama telah pun sedia menawarkan akaun WhatsApp rasmi dalam memudahkan pengguna untuk berinteraksi dan mendapatkan maklumat dengan pantas. Terbaru, CIMB turut mengikut jejak, dan telah pun melancarkan akaun WhatsApp rasmi mereka.

Melalui akaun WhatsApp pihak CIMB, ia membolehkan pengguna melakukan semakan kadar semasa, menyemak status aplikasi, melihat tutorial, dan juga mencari lokasi CIMB terdekat. Walaubagaimanapun, daripada ujian kami sendiri, ia dilihat CIMB sekadar menawarkan pautan ke web sahaja buat masa ini, dan tidak menawarkan informasi penuh melalui WhatsApp berkenaan sendiri buat masa ini.

Bagi anda yang menggunakan CIMB, mungkin boleh mencuba perkhidmatan melalui WhatsApp ini hari ini.

Komen