Twitter Akan Memperkenalkan Ciri Yang Mengehadkan Siapa Boleh Membalas Ciapan

Twitter Akan Memperkenalkan Ciri Yang Mengehadkan Siapa Boleh Membalas Ciapan

Diterbitkan pada Jan 9, 2020 oleh .

Twitter ialah platform media sosial pilihan bagi mereka yang mencari berita terkini dalam bentuk yang padat. Platform ini kini digunakan oleh ketua negara seperti Donald Trump untuk mengumumkan polisi negara. Satu kekurangan Twitter ialah sedikit sukar mengikuti susur masa jawapan yang diberikan di bawah ciapan. Kerap kali lebih dari satu ciapan dihantar menjadi cabang yang berkecamuk.

Bagi menyelesaikan masalah yang sudah lagi menjadi rungutan pengguna, Twitter akan memperkenalkan ciri baharu yang boleh mengehadkan siapa boleh menjawab ciapan yang dihantar. Apabila ciapan ingin dihantar, pengguna akan diberikan pilihan Global, Group, Panel, dan Statement.

Global membenarkan semua orang menjawab ciapan. Group pula membenarkan ciapan dijawab oleh akaun yang diikuti atau pengguna yang namanya disertakan di dalam ciapan. Panel mengehadkan jawapan hanya dari pengguna yang namanya disebut pada ciapan asal. Akhir sekali ialah Statement yang langsung tidak membenarkan sebarang ciapan balas.

Dengan pengenalan empat ciri ciapan baharu ini, proses melakukan perbincangan pada platform ini akan menjadi lebih mudah dikawal tanpa disampuk oleh akaun yang tidak dikenali.



TIPS & ULASAN