Samsung Malaysia Mengacah Kehadiran Siri Galaxy A Baru

Samsung Malaysia Mengacah Kehadiran Siri Galaxy A Baru

Diterbitkan pada Jan 9, 2020 oleh .

Samsung sebelum ini telah pun memperkenalkan dua telefon pintar baru dibawah siri Galaxy A, iaitu Galaxy A51 dan juga Galaxy A71. Kini, Samsung Malaysia telah mula mengacah kehadiran siri baru Galaxy A ini tidak lama lagi.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan sokongan skrin yang cantik, dilengkapi kamera berkuasa dan juga ketahanan bateri yang lama.

Samsung Galaxy A51 hadir dengan skrin 6.5-inci SAMOLED, dijana cip Exynos 9611, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia menggunakan kamera utama 48+12+5+5 MP, selain kamera swafoto 32-megapixel. Melengkapkan peranti ini adalah bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 15W, dan sistem operasi Android 10.

Samsung Galaxy A71 pula hadir dengan skrin 6.7-inci SAMOLED, dijana cip Snapdragon 730, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia menggunakan kamera utama 64+12+5+5 MP, selain kamera swafoto 32-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4500mAh dan menggunakan sistem operasi Android 10.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi tarikh pelancaran rasmi kedua-dua peranti ini, dan bilakah ia akan dijual. Tetapi, dengan pihak Samsung yang telah mula mengacahnya, kita mungkin melihat pelancarannya berlaku tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN