Kenapa Rangkaian 5G Penting Di Malaysia?

Kenapa Rangkaian 5G Penting Di Malaysia?

Diterbitkan pada Jan 9, 2020 oleh .

Sejak tahun 2018 lagi, Malaysia sudah mula berhasrat ingin mengimplementasikan teknologi rangkaian 5G. Kemudian hanya pada tahun 2019 sahaja, ujian teknikal mula dilakukan. Persoalannya, kenapa rangkaian 5G ini penting? Kenapa Malaysia dilihat bersungguh-sungguh ingin menawarkan teknologi ini di negara?

Yang pertama, ia adalah salah satu langkah lain di Malaysia untuk ke arah digital penuh. Di Malaysia sekarang, sekitar 21% perkara sudah pun digital. Dengan wujudnya 5G, sasaran pada tahun 2021 sehingga 2025 adalah menawarkan 39,000 peluang pekerjaan. 40% daripadanya akan ditawarkan pada tahun 2025. Seterusnya, anggaran dalam tempoh empat tahun menuju ke masa hadapan ini – 5G dianggarkan akan menyumbangkan RM12.7B ke GDP.

Kelak, sebanyak 4.14 juta premis akan mula menyokong rangkaan fiber atau dinaiktaraf kepada rangkaian Internet yang pantas. Bagi meningkatkan lagi kehebatan rangkaian Internet di negara, 6,195 menara akan dibina atau dinaiktaraf untuk persediaan dengan teknologi ini. 5G juga penting kerana setakat ini, 93% sumbangan di dalam bursa Malaysia adalah daripada jalu lebar tetap dan perkhidmatan jalur lebar mudah alih.

Spektrum rangkaian 4G sekarang ialah 2300MHz/2600MHz. Jika anda tertanya, apa jadi dengan 4G kalau 5G telah tiba sepenuhnya? Jawapannya mudah, 4G akan kekal menjadi relevan. Kerana 4G dan 5G akan wujud bersama-sama antara satu sama lain. Dengan infrastruktur 5G, 4G juga akan menjadi stabil. Untuk 5G, terdapat spektru baharu yang akan digunakan iaitu – 700MHz/3.5GHz dan 26GHz/28GHz. Spektrum baru ini akan ditawarkan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dan hanya akan bersedia digunakan pada tahun 2021.

Setakat ini Kedah, Terengganu, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang sudah mula hadir dengan infrastruktur untuk 5G. Yang mana infrastruktur ini adalah untuk kegunaan pelbagai (72 perkara). Di lima negeri ini, ujian akan diperlihatkan pada 19 Januari kelak. Aplikasi 5G penuh hanya akan ditawarkan bermula suku ketiga tahun 2020. Namun, ia adalah untuk industri sahaja dan bukannya untuk pengguna umum.

Apa lagi 5G boleh buat untuk negara? Setiap syarikat telekomunikasi sudah tentu, akan menawarkan pelan data mudah alih. Tetapi setiap syarikat telekomunikasi juga akan menawarkan sesuatu yang menarik untuk industri. Setiap tawaran ini adalah unik dan futuristik. Ia adalah seperti apa yang diperlihatkan oleh Huawei tahun lepas di acara MWC Shanghai 2019. Berikut adalah antara senarainya;

  • Maxis
    • Sistem pembelajaran AR/VR dengan 5G – kelas biologi digital
  • Digi
    • Bandar digital dan bandar pintar
    • 5G dalam ambulans
  • UMobile
    • 5G dalam hospital
    • Pemindahan data pantas antara ambulans ke hospital
    • Panggilan video HD 5G dalam hospital
  • TM
    • Teknologi berkebun moden, bagi membantu para pekebun.

Terdapat banyak lagi kehebatan 5G. Seperti Celcom juga terlibat, Petronas atau juga Edotco. Ada yang menggunakan teknologi yang sama, tetapi aplikasinya adalah berbeza.



TIPS & ULASAN