Celcom hari ini telah memperkenalkan beberapa pembaharuan untuk penawaran pelan prabayar Xpax mereka, termasuk memfokuskan kepada pengenalan dua pakej baru dibawahnya.
Yang pertama adalah penawaran pelan data 48GB pada harga RM38 sebulan (30 hari). Ia membolehkan pengguna menikmati pelbagai perkhidmatan internet dengan mudah, dan turut menyertakan penawaran 3GB untuk hotspot.
Sementara satu lagi pakej yang turut menjadi fokus adalah pakej penggunaan selama seminggu (7 hari) pada harga RM12 untuk 18GB. Ia turut hadir dengan penawaran 1GB untuk hotspot.
Bagi anda yang menggunakan pakej Celcom, boleh melakukan perubahan kepada pelan baru ini dengan mendail 1182*2# hari ini.