Realme hari ini telah pun melancarkan Realme 5i secara rasminya di India, dan menariknya, ketika acara pelancaran berkenaan, CEO Realme turut mengacah pengenalan sebuah gelang tangan pintar tidak lama lagi.
Melalui daripada gambaran ringkas yang ditunjukkan, ia membawakan rekaan seumpama Mi Band daripada Xiaomi, dan menggunakan warna tali kuning.
Realme tidak mengatakan lagi bilakah tarikh pelancarannya, tetapi mengatakan ia bakal ditawarkan tidak lama lagi. Informasi penuh dan spesifikasi berkaitan dengannya juga masih tidak diketahui lagi buat masa ini.