LG Menyasarkan Perniagaan Mudah-Alih Menjana Keuntungan Menjelang 2021
LG

LG Menyasarkan Perniagaan Mudah-Alih Menjana Keuntungan Menjelang 2021

Diterbitkan pada Jan 9, 2020 oleh .

LG merupakan salah satu pengeluar telefon pintar dari Korea Selatan yang terkemuka. Mereka mempunyai sejumlah penawaran peranti menarik, tetapi pemasaran dan angka jualan peranti agak berkurangan beberapa tahun kebelakangan ini. Perkara ini sekaligus membuatkan perniagaan mudah-alih LG ini mengalami kerugian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun, kini pihak LG menyasarkan untuk mengatasinya. Bercakap ketika acara CES 2020, pihak LG mengatakan mereka menyasarkan untuk menjana keuntungan melalui perniagaan mudah-alih menjelang 2021 kelak.

LG menagatakan mereka akan terus hadir dengan peranti yang lebih dekat kepada pengguna, selain turut menyertakan beberapa ciri-ciri “wow” pada peranti keluaran mereka.

Melalui desas-desus sebelum ini, LG dijangka akan memperkenalkan LG G9 tidak lama lagi.



TIPS & ULASAN